Alkisahnya bila lupa bayar bil sbnrnya. Haa, boleh nampak tak keluarga Iskandar dan Puan Lina tak tengok tv sangat. Kami lebih banyak depan komputer berbanding tv. Perasan yg Astro dah kena cut bila dapat surat dari Astro minta bayar dan ada maklumat jika nak buat penyambungan. Kena top up lg RM10 ke 20 ntah, tak ingat. Dari bill tu baru la 'ehh.. Laaa, dah lama tak tengok Astro , sampai kena potong' ..hihi
Oklah dah settle bayar, then dok timbal balik.. Nak sambung ke tidak, nak sambung ke tidak. Tanya si sulung dia pulak nyokong, 'kita bukannya tengok sangat pun tv Ibu.. ' .. Hmm kalau gitu tak payah la sambung. Bazir je bulan-bulan bayar RM80 ++ .. So tak sambung laa..
Lagipun channel Unifi Hiptv ni ada. Cukup dah takat nak tengok berita ke, drama ke. Youtube pun boleh On terus saja tengok di skrin tv. Ohh ok lah.. Bagus baguss ..
Sekarang dah 4 bulan berlalu tv kami tidak ber Astro. Tunggu jugak kot bebudak ni berbunyi mintak sambung balik ke apa. Never.. Tak pernah .. Nehiii.. Nak tengok apa-apa cartoon ke, movie ke derang search di youtube dan linkkan ke tv aje. Adu du duuu... Ibu happy!