Assalam semua!
Semalam tidoq mimpi tudung, tu yg tiba-tiba takda taufan tulis pasai tudung.. hihi.
Tak la, bukan mimpi tp selalu sangat Lovelies yg bila beli tudung tu, nnt tanya.. Tudung ni nak basuh mcmana? Nak sangkut ka nak gulung ka? Boleh iron ka awning? Kena tonyoh dgn tangan ka tonyoh dgn lengan? Boleh ka itu, boleh ka ini, lagu mana.. Lagu manaaaa? Aku sunyiiiiiiii .. Haaha, tiba2 timboi skrip Fazura..
Baiklah.. Baca naaa, Kak Lina pun bukan teror, tp dah lama dok main ngan kain tudung ni, tau la jugak serba cikit..
1. Seeloknya basuh dengan tangan. Gosok lemah lembut jadi laa, jgn la dok gusti tudung tu.. -_- . Kadang tu main lambung ja masuk mesin, mana tudung tak merana. Tudung bknnya kotor sgt pun, lain la kalau kena kuah gulai.. Loqlaq sgt sapa suruh..hikk
2. Tudung kalau nak betul-betul jaga sangkut la, lepas basuh iron siap2 then hanger.. Kan senang, nak pakai zasss sambar sj. Rajin2kan diri naa, ni beli ja rajin, .. tp lepas pakai sangkut merata.. Kat kerusi, kat sofa, kat kipas angin, bwh meja, bawah katil.. Merata jumpa tudung.. aishhh!
3. Tau dak, stim iron paling best sekali kalau nak iron tudung. Byk sebab --> lagi cepat siap kerja meng iron, pastu tudung jadi lagi cantik, takda masalah tudung terbakaq sbb lepas iron seluar suami ampa lupa nak ubah menu seterika tu terus pappp letak atas shawl.. Nah amik.. Punah selai!
4. Stim iron pun tak rosakkan tudung. Selalu you all kalau guna iron biasa tu suka sgt tekan sehabis tenaga.. Tau dak blh rosak tudung nak nak tudung cotton.. Nnt cotton tu jadi kembang sbb struktur benang tu dah lari.. Lemah lembut sikit naa lepas ni.. Tak pun pi beli stim iron, dlm RM200 gitu dpt dah seketui.. Amik hat jenis berdiri tu, tak perlu kalut nak pasang papan iron lg.. Nak iron tudung sambil berzumba pun buleh lepas ni..
5. Kalau space tak cukup, maklumlah seminggu 3 kali beli tudung kan.. Gulung la kemas-kemas kalau tudung sarung, kalau shawl blh lipat atau blh juga gulung. Tudung yg hard awning gulung 4 helai sekaligus, baru awning tu tak patah.
________________________________________________________________
Boleh la 5 dulu ya... Kalau ada soalan boleh tanya, nnt Kak Lina jawab waktu lain pulak. Ni nak habaq, Kak Lina pun kekadang haku buat juga perkara2 yg tak blh di atas..hahahaa... Mai waktu balik tengah malam letih miong tak peduli dah main sangkut mana buleh.. tp lepas tu kita amik la simpan elok2.. :
Tapi ada 2 jenis tudung yg Kak Lina mmg berani lambung masuk mesin.. ZULFA dgn INAYA .. Depa dua ni mmg tahan lasak sungguh, tp ampa jgn la tiru pangai buruk akak ni.. Kalau nak tiru diam2 syhh syhhh tau, kalau ampa salahkan kak Lina bila apa2 jadi kat tudung ampa jaga naaa... :D
#tipskak Lina
www.happylifeshoppe.com.my
Suka tudung happylifeshoppe wangi sangatt.. Sayang nak basuh.. Bila basuh habis tak wangi dah ������ tipss pleaseee
ReplyDelete