Friday, March 6, 2015

RM50 je modal bisnes awak? Bisnes apa 50 ringgit..

Berapa kena ada ni nak mula niaga? Kita yang tentukan.  Jika modal kecik, mulakan kecik.. Jangan tak buat apa-apa langsung. Nak tunggu duit banyak baru nak mula.. Bila nak banyak tu?

Bisnes Happylifeshoppe saya mulakan dengan modal RM500.  Bermula dgn suka beli tudung, tapi susah jumpa macam yg saya suka. Saya cerewet sikit.. Hihi.. Sekali tu saya jumpa tudung yg selesa saya pakai. Jadi terfikir tudung ni mcm tak byk lagi kat market.  So sy naik komuter ke Jalan TAR sbb tudung awal td saya beli di situ, dan sy naik komuter sebab sy tak terror nak drive kat tengah KL tu.. Takut tak reti cari jalan pulang.. haha..

Saya cari balik kedai yg saya nak tu.. dan beli tudung-tudung tu dgn harga RM500. Dlm kepala saya masa tu kalau aku nak jual mesti jual yg aku selesa, yang aku suka. Tak boleh main sebat je.

Balik rumah ambik gambar sendiri, adik sy tolong jadi model. Then upload masuk blog. Masa ni blog saya mmg dah ada, bukan shoppingcart tu tapi blogspot www.happylifeshoppe.blogspot.com .. Tujuan blog ni asalnya bkn nak jual tudung. Nak buat benda lain tp ada je halangan. Sy suka bisnes sendiri, bila tak jadi yg ni saya cuba yg lain.  Happylifeshoppe ni sbnrnya bukan untuk tudung tp sbb dah ada jadi saya upload saja di blog ni.  Nnt waktu lain sy cerita dari mana dtgnya Happylifeshoppe.. Tak ada kena mengena tudung pun kan.. hiihi

Tudung-tudung awal yg dibeli, tak dijangka sgt bila tudung-tudung tu wpun utk permulaan tu tak bnyk, dlm 20 helai lebih sj rasanya tapi cepat habis. Dalam 2,3 hari mcm tu saja, mungkin juga sbb tudung-tudung tu mmg sedang 'in' di pasaran waktu tu dan juga dgn bantuan rakan-rakan facebook waktu tu.

Kita kena ingat, bila kita mula start bisnes.. Tiada siapa akan terus percaya dan terus nak bank in duit kat kita.. Yalah, kenal pun tidak, ingat senang org terus nak berurusan. Siapa yg kenal kita ? Kawan-kawan, keluarga, adik beradik, rakan kerja, rakan adik beradik.. Mereka je kenal saya, lainlah kalau artis, semua org kenal .. Jadi mereka-merekalah pelanggan awal saya..  Saya inform kwn-kawan, adik beradik utk  tolong 'like' fanpage Happylifeshoppe yg suami sy tolong buatkan.

Mula dari situlah saya rolling duit bisnes.  Habis jual saya beli lagi yang baru dan dgn duit untung tu saya jadikan modal tambahan.  Katakan awal dulu saya beli 20 helai, dari duit untung saya tambah lagi 10 helai.. Jadi 30 helai.  Saya buat macam ni selama 3 bulan.  Selepas 3 bulan saya keluarkan tudung jenama sendiri --> Happylifeshoppe.. :)

2015 tahun ke4 Happylifeshoppe di pasaran.  Dari hanya online, awal bln Feb 2015 HLS dah sediakan butik utk pelanggan yg nak walk in. Alhamdulillah, lambat atau cepat kalau kita fokus kita boleh berjaya.

Ingat! Jual produk/barang yg kita yakin boleh cerita bila ditanya dan tahu kelemahan kekuatan produk itu. Tak tahu kena ambil tahu!


Lina,
Happylifeshoppe

** Next: saya akan kongsikan apa persediaan utk keluarkan tudung jenama sendiri.

_________________________________________________________________

HLS baru saja membuka tawaran Dropship untuk mereka yang tiada modal untuk bermula. Mungkin adik2 yang baru nak start boleh mula dengan cara ni dulu . Kekosongan untuk 50 tmpt shj lagi. Untuk info boleh email ke hlsdropshipper@gmail.com 

No comments:

Post a Comment