Monday, August 3, 2015

Ok Aje Tanpa ASTRO!

Alkisahnya bila lupa bayar bil sbnrnya.  Haa, boleh nampak tak keluarga Iskandar dan Puan Lina tak tengok tv sangat.  Kami lebih banyak depan komputer berbanding tv. Perasan yg Astro dah kena cut bila dapat surat dari Astro minta bayar dan ada maklumat jika nak buat penyambungan. Kena top up lg RM10 ke 20 ntah, tak ingat.  Dari bill tu baru la 'ehh.. Laaa, dah lama tak tengok Astro , sampai kena potong' ..hihi

Oklah dah settle bayar, then dok timbal balik.. Nak sambung ke tidak, nak sambung ke tidak.  Tanya si sulung dia pulak nyokong, 'kita bukannya tengok sangat pun tv Ibu.. ' .. Hmm kalau gitu tak payah la sambung. Bazir je bulan-bulan bayar RM80 ++ .. So tak sambung laa..

Lagipun channel Unifi Hiptv ni ada. Cukup dah takat nak tengok berita ke, drama ke. Youtube pun boleh On terus saja tengok di skrin tv. Ohh ok lah.. Bagus baguss ..

Sekarang dah 4 bulan berlalu tv kami tidak ber Astro. Tunggu jugak kot bebudak ni berbunyi mintak sambung balik ke apa. Never.. Tak pernah .. Nehiii.. Nak tengok apa-apa cartoon ke, movie ke derang search di youtube dan linkkan ke tv aje. Adu du duuu... Ibu happy!






Thursday, June 11, 2015

Ilmu Baru.. ^_^

Di suatu pagi, di Petronas...

























Mengintai kiri kanan depan belakang.. Dlm jarak 10m nmpk seseorg sedang menyapu sampah. 

'Adikkkkkk.. ' sambil tangan lambai beria.

Adik itu segera datang dgn penyapu dan penyodok sampahnya.  

'Ya kak.. Nak isi angin kereta ka?

'Aikkk, macammana tauuuu..'  Ooooo dia nmpk kat tangan mmg dah standby pegang getah angin tu.. hihi.. Sebenaqnya sy dah terpacak depan pam angin tu dah 2,3 minit . Belek nombor-nombor kat pam tu tapi tak paham apa..hahaa

Adik itu:  Selalu kak set berapa?

Saya: Hmmmm.. Setttt mmm.. hiii tak pernah buh angin sblm ni, Set la berapa-berapa yg sesuai dik.. :D

Adik:  Haha.. Takpa meh saya ajaq, nnt len kali kak buleh buh sendiri.

Saya: Ha ok ok, baguih baguihh.

Adik: Kat tayar selalu ada tulis kak, tengok ni (sambil tunjuk tayar) , pastu kak set la yg sama kat pam ni.  Pastu buka penutup kat tayar, buh mcm biasa.. Nnt bila kak dengaq bunyi teng tengg tengg maknanya dah cukup dah la tu angin tayar tu. Boleh cabut then tutup penutup kat tayar tu balik.

Saya: Laaa.. Senang ja kaaa.. 

Adik: Mmg senang ja kak, tp org pompuan mmg ramai taktau isi angin keta..hahaa

Saya: Aikkk ! ;p
























Baguih adik ni, kalau ramai petugas stesen minyak baguih mcm ni, tentu tentu semua pompuan pandai belaka isi angin tayar kereta. Ka haku ja sorang yg tatau benda mudah ni.. haha!

Thursday, March 26, 2015

Jadilah Lebih Baik Setiap Hari



Dari sehari ke sehari seharusnya kita menjadi yang lebih baik. Begitu juga di dalam menjaga aurat. Perbaiki sedikit demi sedikit ke arah lebih baik. Pelihara aurat, Insyaallah Allah memelihara kita dari mara bahaya pandangan manusia.
.
HLS juga berusaha keras ke arah menyediakan tudung-tudung menutup aurat dengan sempurna untuk ratu hati kami. Doakan kami agar sentiasa istiqamah. Sentiasa teguh dengan matlamat dan tujuan. Bukankah memakai pakaian yang elok dan sopan juga satu cabang menambah pahala.

.
Begitu menggembirakan bila menerima maklumbalas dan pandangan ratu-ratu HLS yang Zuha makin menuju kearah menutup sempurna. Alhamdulillah.

.
ONLINE BOUTIQUE : www.happylifeshoppe.com.my

Love - 

Lina Fadzil

17 jenis apple yang start dengan A .. No 15 paling kakak suka!


Auwww beratus-ratus rupanya jenis-jenis apple. Ni baru A, tu pun separuh saja.  Bestnyaaa kalau depan rumah ada sepokok apple yang paling sedap. Heaven !



1. Aceymac Apple - Apple yang juicy, manis dan segar. Lebih rangup dan besar dari sepupunya apple McIntosh.




 2.Adam's Pearmain apple - Classic Victoria ' pearmain ' epal dengan rasa dan bau manis yang kuat.





3. adanac apple - Sederhana , apple hijau dgn jalur merah. Sebagai pencuci mulut yang baik. Nama epal , Adanac , adalah dari negara asal Canada yg diterbalikkan.





4. Akero apple - Warisan dari Sweden. Banyak ditanam di Scandinavia. Sejenis apple yang cantik.




5. Albany apple - Apple merah dari Gravenstein . Cantiknyaa.




6. Albermarle Pippin apple - Ditanam oleh Thomas Jefferson di ladangnya di Monticello. Antara apple pertama yang dieksport ke UK.




7. Alderman apple - Apple yg digunakan dlm masakan. Ditemui pada 1920



8. Anna apple - Delicious apple dari Israel. Apple yg tahan lasak dan tahan lama. Nampak pun mmg cantik, tp sbb dari Israel taknak lah..hihi



9. Ambrosia apple - Benih ditemui di British Columbia.  Apple yang mempunyai rasa manis yang sedap. 




10. American Summer Pearmain  apple - Early eating apple, yg terkenal juga digunakan dalam masakan. Saiz sederhana, berwarna kekuningan berjalur kemerahan. Manis dan sangat juicy.




11. Ananas Reinette  apple - Epal kuning kecil yang menarik , mempunyai rasa unik seperti nanas . Popular di Eropah utara .




 12. Api/Lady apple -  dikenali juga sebagai Lady apple. Apple dari Perancis yang digunakan dalam pelbagai masakan atau dimakan segar. Mempunyai aroma yang kuat, sejenis apple yang hebat seperti namanya Lady!




 13. Ard Cairn Russet  apple - Unik ! Apple yg berasal dari Ireland ini mempunyai rasa dan bau seperti pisang! Walaupun rupanya hmm..




 14. Aromatic Russet  apple- Apple berkualiti tinggi dengan rasa sedikit seperti lemon. Wow.. teringin nak rasa.





15. Airlie Red Flesh apple - Berasal dari US , dikenali juga sebagai Hidden Rose. Cantiknyaaa apple ni! Sayang nak makan.






 16. Adirondack crab apple - Amboii cantiknyaa.. nama crab/ketam sebab warna merah mcm kulit ketam agaknya.






 17. Akane apple - Apple yg mempunyai rasa yg bagus.  Dimakan segar atau digunakan dlm masakan. Saiz tidak begitu besar dan berbuah lebat.


Wednesday, March 11, 2015

MEMBERI DAHULU BARU MENERIMA

Pernah dengar sedekah tu pintu rezeki? Tak kisah berapa - sikit atau banyak asalkan memberi. Setiap pagi mulakan dengan memberi dahulu sebelum kita mula menerima. Tak tahu nak memberi kepada siapa, pagi-pagi tak sempat nak letak dlm tabung masjid? Nah ni senarai untuk kita memberi. Online saja.. Pilih nak negeri mana,pada siapa.. 1 hari 1 sedekah, jika lebih lg elok! :)



Friday, March 6, 2015

RM50 je modal bisnes awak? Bisnes apa 50 ringgit..

Berapa kena ada ni nak mula niaga? Kita yang tentukan.  Jika modal kecik, mulakan kecik.. Jangan tak buat apa-apa langsung. Nak tunggu duit banyak baru nak mula.. Bila nak banyak tu?

Bisnes Happylifeshoppe saya mulakan dengan modal RM500.  Bermula dgn suka beli tudung, tapi susah jumpa macam yg saya suka. Saya cerewet sikit.. Hihi.. Sekali tu saya jumpa tudung yg selesa saya pakai. Jadi terfikir tudung ni mcm tak byk lagi kat market.  So sy naik komuter ke Jalan TAR sbb tudung awal td saya beli di situ, dan sy naik komuter sebab sy tak terror nak drive kat tengah KL tu.. Takut tak reti cari jalan pulang.. haha..

Saya cari balik kedai yg saya nak tu.. dan beli tudung-tudung tu dgn harga RM500. Dlm kepala saya masa tu kalau aku nak jual mesti jual yg aku selesa, yang aku suka. Tak boleh main sebat je.

Balik rumah ambik gambar sendiri, adik sy tolong jadi model. Then upload masuk blog. Masa ni blog saya mmg dah ada, bukan shoppingcart tu tapi blogspot www.happylifeshoppe.blogspot.com .. Tujuan blog ni asalnya bkn nak jual tudung. Nak buat benda lain tp ada je halangan. Sy suka bisnes sendiri, bila tak jadi yg ni saya cuba yg lain.  Happylifeshoppe ni sbnrnya bukan untuk tudung tp sbb dah ada jadi saya upload saja di blog ni.  Nnt waktu lain sy cerita dari mana dtgnya Happylifeshoppe.. Tak ada kena mengena tudung pun kan.. hiihi

Tudung-tudung awal yg dibeli, tak dijangka sgt bila tudung-tudung tu wpun utk permulaan tu tak bnyk, dlm 20 helai lebih sj rasanya tapi cepat habis. Dalam 2,3 hari mcm tu saja, mungkin juga sbb tudung-tudung tu mmg sedang 'in' di pasaran waktu tu dan juga dgn bantuan rakan-rakan facebook waktu tu.

Kita kena ingat, bila kita mula start bisnes.. Tiada siapa akan terus percaya dan terus nak bank in duit kat kita.. Yalah, kenal pun tidak, ingat senang org terus nak berurusan. Siapa yg kenal kita ? Kawan-kawan, keluarga, adik beradik, rakan kerja, rakan adik beradik.. Mereka je kenal saya, lainlah kalau artis, semua org kenal .. Jadi mereka-merekalah pelanggan awal saya..  Saya inform kwn-kawan, adik beradik utk  tolong 'like' fanpage Happylifeshoppe yg suami sy tolong buatkan.

Mula dari situlah saya rolling duit bisnes.  Habis jual saya beli lagi yang baru dan dgn duit untung tu saya jadikan modal tambahan.  Katakan awal dulu saya beli 20 helai, dari duit untung saya tambah lagi 10 helai.. Jadi 30 helai.  Saya buat macam ni selama 3 bulan.  Selepas 3 bulan saya keluarkan tudung jenama sendiri --> Happylifeshoppe.. :)

2015 tahun ke4 Happylifeshoppe di pasaran.  Dari hanya online, awal bln Feb 2015 HLS dah sediakan butik utk pelanggan yg nak walk in. Alhamdulillah, lambat atau cepat kalau kita fokus kita boleh berjaya.

Ingat! Jual produk/barang yg kita yakin boleh cerita bila ditanya dan tahu kelemahan kekuatan produk itu. Tak tahu kena ambil tahu!


Lina,
Happylifeshoppe

** Next: saya akan kongsikan apa persediaan utk keluarkan tudung jenama sendiri.

_________________________________________________________________

HLS baru saja membuka tawaran Dropship untuk mereka yang tiada modal untuk bermula. Mungkin adik2 yang baru nak start boleh mula dengan cara ni dulu . Kekosongan untuk 50 tmpt shj lagi. Untuk info boleh email ke hlsdropshipper@gmail.com 

Tuesday, March 3, 2015

5 TIPS JAGA TUDUNG

Assalam semua!

Semalam tidoq mimpi tudung, tu yg tiba-tiba takda taufan tulis pasai tudung.. hihi.
Tak la, bukan mimpi tp selalu sangat Lovelies yg bila beli tudung tu, nnt tanya.. Tudung ni nak basuh mcmana? Nak sangkut ka nak gulung ka? Boleh iron ka awning? Kena tonyoh dgn tangan ka tonyoh dgn lengan? Boleh ka itu, boleh ka ini, lagu mana.. Lagu manaaaa? Aku sunyiiiiiiii .. Haaha, tiba2 timboi skrip Fazura.. 

Baiklah.. Baca naaa, Kak Lina pun bukan teror, tp dah lama dok main ngan kain tudung ni, tau la jugak serba cikit..


1. Seeloknya basuh dengan tangan. Gosok lemah lembut jadi laa, jgn la dok gusti tudung tu.. -_- .  Kadang tu main lambung ja masuk mesin, mana tudung tak merana. Tudung bknnya kotor sgt pun, lain la kalau kena kuah gulai.. Loqlaq sgt sapa suruh..hikk

2. Tudung kalau nak betul-betul jaga sangkut la, lepas basuh iron siap2 then hanger.. Kan senang, nak pakai zasss sambar sj.  Rajin2kan diri naa, ni beli ja rajin, .. tp lepas pakai sangkut merata.. Kat kerusi, kat sofa, kat kipas angin, bwh meja, bawah katil.. Merata jumpa tudung.. aishhh!

3. Tau dak, stim iron paling best sekali kalau nak iron tudung. Byk sebab --> lagi cepat siap kerja meng iron, pastu tudung jadi lagi cantik, takda masalah tudung terbakaq sbb lepas iron seluar suami ampa lupa nak ubah menu seterika tu terus pappp letak atas shawl.. Nah amik.. Punah selai! 

4.  Stim iron pun tak rosakkan tudung. Selalu you all kalau guna iron biasa tu suka sgt tekan sehabis tenaga.. Tau dak blh rosak tudung nak nak tudung cotton.. Nnt cotton tu jadi kembang sbb struktur benang tu dah lari.. Lemah lembut sikit naa lepas ni.. Tak pun pi beli stim iron, dlm RM200 gitu dpt dah seketui.. Amik hat jenis berdiri tu, tak perlu kalut nak pasang papan iron lg.. Nak iron tudung sambil berzumba pun buleh lepas ni..

5. Kalau space tak cukup, maklumlah seminggu 3 kali beli tudung kan.. Gulung la kemas-kemas kalau tudung sarung, kalau shawl blh lipat atau blh juga gulung.  Tudung yg hard awning gulung 4 helai sekaligus, baru awning tu tak patah.

________________________________________________________________

Boleh la 5 dulu ya... Kalau ada soalan boleh tanya, nnt Kak Lina jawab waktu lain pulak. Ni nak habaq, Kak Lina pun kekadang haku buat juga perkara2 yg tak blh di atas..hahahaa... Mai waktu balik tengah malam letih miong tak peduli dah main sangkut mana buleh.. tp lepas tu kita amik la simpan elok2.. :

Tapi ada 2 jenis tudung yg Kak Lina mmg berani lambung masuk mesin.. ZULFA dgn INAYA .. Depa dua ni mmg tahan lasak sungguh, tp ampa jgn la tiru pangai buruk akak ni.. Kalau nak tiru diam2 syhh syhhh tau, kalau ampa salahkan kak Lina bila apa2 jadi kat tudung ampa jaga naaa... :D


#tipskak Lina
www.happylifeshoppe.com.my